13 October 2008

Kesedaran selepas bangun tidur

Assalamualaikum

Tanpa dirimu, Kesedaran yang sensasi
mimpi benar indah tapi tidak bisa direalisasi
walau hambar di awal usia meminta ia
tidak ku gentar mengejarmu sentiasa
wahai kesedaran yang ku pinta darimu
bukan mitsubishi walaupun subaru
biarpun mitsubishi evolution dan subaru amatlah kencang
ku sedar diriku manusia poket berlubang
mengapakah baru kini ku sedar tentang kebenaran
yang ku hanya seorang pelajar yang tertekan
pelbagi emosi menyelubungi hati dan minda ku
kemungkinan besar kematangan masih berbeku
pelajaran dan hubungan menjadi halangan
halangan buatku mengejar mimpi kayangan
adakah ia sesuatu yang harus dikejarku
apakah realiti yang harus diredhai ku?
mungkin benar kata mereka
mimpi bisa menjadi realiti belaka
apakah bisa dimaksudkan dengan racun?
atau boleh, jika ditafsirkan dengan bahasa indon
tapi cuma persepsiku sendiri yg boleh menafsir
tatkala kepalaku yang membiarkan ku berfikir
tertanya aku pada kepala ku, mengapa berpuisi
mungkin kerana blog ku sudah lama tak terisi
sibuk menjalankan tanggungjawab di kolej
tapi tidak sekali pernah ku lupa akan kalian
kesedaran semakin tajam selepas menghisap sebatang putih
batang pall mall mentol yang sekarang ku pilih
biarpun ia bisa membuatku mandul
hanya mindaku yang paling penting bagiku

kerna tanpa ia, ku bukan aku
dan tanpa kamu, wahai kesedaran, ku tidak disini

assalamualaikum